Friday, July 24, 2026

Suhaimi Saad meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Johor kira-kira pukul 7.40 malam ini.

Perkhabaran sedih itu disampaikan kumpulan nasyid itu menerusi akaun Facebook rasmi In-Team hari ini.

“Sahabat kami yang kami kasihi Mohd Suhaimi Saad telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi pukul 7.40 malam.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Suhaimi sebelum ini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan sejak enam hari lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd. Naim atau Ina Naim bersama empat orang cahaya matanya hasil perkahwinan sejak Ogos 2007.

Suhaimi merupakan bekas anggota In-Team dan mengundurkan diri daripada kumpulan itu pada 2005. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan