29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia sambut baik kemajuan infrastruktur Zambia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA menyambut baik perkongsian Zambia berhubung perkembangan kemajuan pembangunan infrastruktur di negara itu.

Perkongsian itu dinyatakan Menteri Infrastruktur, Pembangunan Perumahan dan Bandar Zambia, Charles Lubasi Milupi sewaktu mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Alexander berkata, antara perkara utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan pembangunan infrastruktur mengguna pakai model Kerjasama Awam Swasta dan agenda industri pembinaan negara.

“Saya menyambut baik perkongsian oleh delegasi Zambia berhubung perkembangan kemajuan pembangunan infrastruktur di Zambia.

Advertisements

“Dalam sesi perbincangan tersebut saya juga memaklumkan bahawa antara hala tuju Kementerian Kerja Raya adalah pengadaptasian teknologi seperti penggunaan IBS dalam sektor pembinaan.

“Saya berharap dengan perjumpaan ini, kedua-dua negara dapat mengeratkan lagi hubungan bilateral dalam bidang infrastruktur dan pembinaan,”katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Lubasi Milupi dan delegasi hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Henti perbuatan ‘troll’ melampau terhadap pemain, pasukan bola sepak

SEJAK akhir-akhir ini wujud beberapa akaun media sosial yang sengaja memuatkan hantaran-hantaran bersifat menyindir (troll) yang melampau terhadap pemain...

Lagi Artikel Berkaitan