31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pekerja kilang hina Perdana Menteri, ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja kilang yang sebelum ini tular kerana mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri, Datuk, Seri Anwar Ibrahim ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, itu ditahan pukul 9.30 malam di Melaka semalam.

Beliau berkata, lelaki itu direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Sebelum ini, seorang pemilik akaun X memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri menerusi tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Wan Kamarul Azran semalam menafikan dakwaan itu dan mengesahkan suspek bukan anggota polis IPD Sepang.

Semakan menerusi sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati individu berkenaan bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan