25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dituduh dikawal kerajaan, SPRM buat laporan polis

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap tuduhan palsu didakwa dikeluarkan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan terbabit dibuat susulan satu hantaran dalam aplikasi TikTok di atas nama pemilik akaun @wancin11 yang memaparkan kenyataan Razali itu.

“Di dalam hantaran berkenaan, Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau sewaktu majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 10 November lalu.

“Beliau menyatakan bahawa jentera kerajaan, SPRM dan hakim dikawal oleh kerajaan serta mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan empat pertuduhan ke atas bekas Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

Advertisements

Kenyataan itu berkata lagi, SPRM memandang berat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara ini.

Katanya, SPRM adalah sebuah badan penguat kuasa yang diperkasakan oleh undang-undang untuk melaksanakan fungsi dan peranan membanteras rasuah dengan bebas serta profesional tanpa dikawal oleh mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, SPRM berharap tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera terhadap mereka yang mengeluar dan menyebarkan fitnah dan tohmahan terbabit,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan