30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Jualan tiket hambar, Pan Gon seru ‘ekor’ penuhkan Bukit Jalil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEKADAR 8,907 tiket sahaja terjual sehingga pukul 5 petang tadi jelas memperlihatkan betapa aksi kelayakan Piala Dunia2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan malam esok, hambar.

Skuad Harimau Malaya menagih sokongan ‘ekor’nya sekali gus memberikan kegerunan kepada lawan apabila turun di di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Susulan itu, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon berharap penyokong akan hadir beramai-ramai ke stadium bagi memberikan tonik berharga kepada anak buahnya.

“Jika anda mahu ke pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia, perlawanan ini adalah penting bagi kita. Tanpa sokongan anda, kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Advertisements

“Kita mahu menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri sepenuhnya dan setiap penyokong perlu datang untuk mencipta persekitaran terbaik.

“Ini adalah ‘rumah’ kita, sesiapa yang datang ke sini, suasana di stadium sepatutnya rasa gerun kepada pasukan lawan. Hanya 10,000 (penonton) tidak boleh membuat mereka rasa gerun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media praperlawanan menjelang perlawanan esok di ibu negara hari ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang merupakan gelanggang keramat Harimau Malaya boleh memuatkan lebih 80,000 penonton. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan