26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Terowong TRX kurangkan 30 peratus kesesakan bandar raya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBUKAAN terowong bawah tanah sepanjang lima kilometer (km) Tun Razak Exchange (TRX) dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di bandar raya sebanyak 30 peratus.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana kenderaan yang menuju ke TRX tidak akan menambah kepada jumlah trafik sedia ada di jalan-jalan sekitarnya. 

Katanya, laluan tersebut menghubungkan TRX dengan 12 rangkaian jalan raya dan lebuh raya utama termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju (MEX), Terowong SMART, dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).

“Terowong kenderaan bawah tanah sepanjang lima kilometer akan mempunyai sambungan terus ke Jalan Tun Razak dan lebuh raya SMART, mewujudkan sistem gelung yang menyediakan akses ke dan dari jalan-jalan utama.

Advertisements

“Usaha ini juga dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan di bandaraya sebanyak 30 peratus.,” katanya menerusi hantaran Facebook, malam tadi.

Terdahulu, Nanta Linggi turun padang bagi melihat sendiri persediaan infrastruktur jalan di TRX yang bakal dibuka pada 29 November ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd., Datuk Azmar Talib.

Terowong TRX yang dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd dan WCT Berhad, terdiri daripada dua aras dikhaskan untuk lalu lintas kenderaan dan satu aras bagi perkhidmatan utiliti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan