26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tol percuma Deepavali: Kerajaan bayar pampasan RM37 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya kira-kira RM37 juta susulan pemberian tol percuma selama dua hari sempena cuti perayaan Deepavali baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, mekanisma pembayaran pampasan tersebut masih dalam rundingan dan belum dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) pada Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Shaari meminta menteri menyatakan adakah kerajaan perlu menanggung sebarang kos berhubung pemberian tol percuma sempena perayaan Deepavali yang lepas.

Sementara itu, dalam soalan tambahan lain berkaitan berapakah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam usaha untuk mengekalkan atau menurunkan kadar tol sedia ada, kata Abdul Rahman, di dalam perjanjian konsesi asal sedia ada, kadar tol secara amnya akan mengalami kenaikan pada setiap selang masa yang ditetapkan sebagai contoh setiap tiga, lima atau tujuh tahun berdasarkan jadual kadar tol.

Advertisements

“Klausa perjanjian konsesi telah menetapkan bahawa sekiranya kadar tol yang dikenakan lebih rendah daripada kadar tol yang telah ditetapkan di dalam jadual kadar tol, kerajaan perlu membayar pampasan perbezaan hasil tol tersebut kepada syarikat konsesi.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi tahun 2022 sahaja, kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol yang dianggarkan berjumlah RM435 juta.

“Sehubungan dengan itu, bagi mengurangkan implikasi kewangan kepada kerajaan, rundingan bersama baki syarikat konsesi yang lain masih diteruskan untuk penstrukturan semula kadar tol dan perjanjian konsesi lebuh raya.

“Namun begitu, rundingan penstrukturan semula lebuh raya ini adalah tertakluk kepada persetujuan kedua belah pihak iaitu kerajaan dan syarikat konsesi yang turut melibatkan pihak institusi kewangan berkaitan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan