26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KKR masih kaji keberkesanan garisan jalan ‘glow in the dark’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) masih mengkaji keberkesanan garisan jalan yang menggunakan teknologi glow in the dark secara keseluruhan termasuk kos pelaksanaannya yang pada ketika ini agak tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek rintis Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Langat ini dilaksanakan di Persimpangan Jalan Sungai Lalang (B19) dan Jalan Sungai Tekali (B16).

“Ia membabitkan sepanjang 245 meter dengan panjang cat jalan 490 meter.

“Inisiatif seperti ini didapati sesuai untuk kawasan laluan gelap yang tiada lampu jalan, dengan ketahanan selama 10 jam di waktu gelap dan masih dapat memberi kesan glow yang baik dalam cuaca hujan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, beliau berkesempatan turun padang bagi meninjau sendiri keberkesanan garisan jalan yang menggunakan teknologi ‘Glow in the dark’.

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Alexander berkata, dalam pelaksanaan kempen MYJalan, selain memastikan kerja-kerja penyenggaraan jalan dilaksanakan sebaiknya, beliau turut menekankan kepentingan mengadaptasi teknologi dan inovasi dalam kerja-kerja ini.

“Terima kasih kepada semua pasukan KKR dan JKR yang telah turun bersama-sama saya malam tadi,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan