27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ahmad Fadhli lupa agaknya punca PRK Kemaman – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis memerli Ahmad Fadhli Shaari susulan kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Ketua Penerangan Pas itu berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Muhamad Akmal yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka berkata, Ahmad Fadhli mungkin terlupa mengapa pilihan raya terpaksa diadakan semula di kawasan Parlimen tersebut.

“Keputusan mahkamah untuk membatalkan kemenangan Pas di Parlimen Kemaman adalah disebabkan wujudnya unsur rasuah ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) oleh geng kamu.

“Ya, unsur rasuah oleh geng kamu. Dana-dana yang ada itu jangan sampai kantoi (terbongkar). Tak adalah bersih mana pun, jangan lupa fakta itu,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Ahmad Fadhli menerusi hantaran di Facebook mengingatkan jentera UMNO di Kemaman supaya berpijak di bumi yang nyata.

Katanya, mustahil untuk UMNO menang biarpun jika mereka mencalonkan nama besar seperti bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahupun Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sekali pun.

Oleh itu katanya, adalah lebih baik UMNO Kemaman berjimat dan menyimpan peruntukan kempen yang ada untuk misi yang dianggap mustahil.

“Jadi, atas sebab realiti, ‘dana-dana’ yang turun itu simpan sahajalah, tidak payahlah belanja semua. Itu lebih baik daripada dihabiskan untuk misi mustahil ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan