28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Gapura gabungkan Hafiz dan Inteam

Mesti Baca

MERAIKAN ketibaan Hari Kebangsaan yang akan disambut beberapa hari lagi, penyanyi Hafiz Hamidun dan Inteam bergabung di dalam sebuah lagu nasyid patriotik berjudul Gapura.

Memilih tajuk lagu berkenaan, Gapura membawa makna gerbang yang besar adalah simbolik perpaduan dan kecintaan seluruh rakyat kepada negara yang tercinta.

Penggunaan kata gapura menjadi lambang kemegahan dan kesyukuran di atas kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Sebagai komposer dan penerbit lagu ini, Hafiz Hamidun sangat berbesar hati kerana dapat bergandingan buat kali pertama bersama Inteam, salah sebuah kumpulan nasyid popular di Malaysia.

“Ketika memberikan demo lagu ini kepada Inteam, saya menyerahkan sepenuhnya kepada Inteam untuk menentukan arah tuju lagu ini.

“Saya sangat terbuka jika Inteam mahu menjadikan lagu ini sebuah lagu cinta, seiring dengan konsep lagu-lagu popular Inteam sebelum ini.

Ternyata, Inteam memilih tema Cintakan Negara dan keterujaan mereka untuk membawakan lagu bertemakan patriotik menjadikan saya juga bersemangat untuk menghasilkan yang terbaik untuk lagu Gapura ini,”kata Hafiz.

Sementara itu, Inteam akui teruja dengan penerbitan bertaraf antarabangsa menerusi gandingan ini, mereka telah menonjolkan kehebatan vokal bersama Hafiz.

Advertisements

Ia begitu menyerlah melalui alunan suara yang harmoni dan penuh semangat.

“Lebih 20 tahun kami mengenali Hafiz, kolaborasi ini menjadikan hasrat kami untuk menyanyikan lagu ciptaan Hafiz menjadi kenyataan.

“Inteam juga begitu teruja apabila dapat bekerjasama dengan pemuzik dari Istanbul untuk iringan muzik Gapura serta penghasilan yang bertaraf antarabangsa.

“Harapan kami, kolaborasi ini menjadikan Gapura sebagai sebuah nasyid patriotik yang boleh diangkat bukan sahaja di Malaysia, tetapi ke seluruh dunia,” kata Hazamin mewakili Inteam.

Muzik video lagu ini menggunakan teknologi AI sepenuhnya dan lebih membanggakan, ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau “Artificial Intelligence” (AI) secara sepenuhnya.

Diterbitkan oleh Arteffects, muzik video ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk dihasilkan.

Cabaran utama di dalam penerbitan muzik video menggunakan teknologi AI ialah untuk menghasilkan ‘prompt’ yang benar-benar tepat dan ini berjaya dicapai di dalam muzik video Gapura.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan