31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Premis ‘tular’ di Bukit Bintang disita kerana tiada lesen berniaga

Aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH premis di Bukit Bintang yang tular dalam media sosial disita oleh Bahagian Tindakan Khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah didapati tidak mempunyai lesen yang sah.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu pihaknya telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UKK) (1) UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta-merta (Sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini tular sebuah video mengenai tindakan penguatkuasaan oleh DBKL terhadap premis tersebut yang menjaja khunafa dan manisan Arab di sekitar Bukit Bintang.

“DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan DBKL sebelum ini telah menjalankan pemantauan di premis tersebut.

“Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.

Advertisements

“Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan tersebut turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah,” katanya.

Dalam operasi yang sama DBKL berkata, pihaknya turut menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis yang lain.

Katanya, hasil pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis tersebut telah meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi di atas pesiar kaki di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

“Sehubungan dengan itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja tersebut yang telah menyebabkan halangan di tempat awam di bawah Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974.

“Tindakan dan pemantauan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan