26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

CVR dihantar ke Singapura untuk dapatkan semula data – Anthony Loke

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ALAT perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang N28JV yang terhempas di Persiaran Elmina baru-baru ini rosak teruk dan telah dihantar ke Singapura, Sabtu lalu bagi mendapatkan semula data penerbangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha tersebut dibantu Biro  Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura kerana Malaysia tidak mempunyai peralatan bagi mendapatkan rakaman 30 minit terakhir penerbangan.

Katanya, Badan Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) turut sama menyertai pakar di sana bagi memastikan rakaman tersebut.

“CVR dihantar ke makmal pada Jumaat lalu namun BSKU mendapat ia rosak teruk. Kita mendapat tawaran teknikal TSIB pada hari yang sama.

“Oleh kerana kita tiada peralatan untuk mendapatkan semula rakaman, memori CVR itu dihantar ke Singapura. Pasukan kita diketuai ketua BSKU telah berada di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit sebelum pesawat terhempas,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir pelancaran Program Semarak Merdeka dan perhimpunan bulan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang terhempas berhampiran Elmina kira-kira pukul 2.50 petang, Khamis lalu.

Nahas tersebut mengorbankan 10 mangsa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang merupakan salah seorang daripada lapan kru dan penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.

Sementara itu, Anthony Loke berkata, laporan lengkap berhubung nahas akan dikeluarkan BSKU dalam tempoh sebulan dengan bantuan beberapa pihak termasuk Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

“BSKU perlu buat laporan lengkap dalam tempoh sebulan akan dibantu bebrapa pihak termasuk NTSB. 

“Tetapi siasatan akan diketuai BSKU. Mengapa melibatkan NTSB? Sebab pesawat itu adalah buatan dan pendaftaran di bawah AS. Mengikut Annex 13 ICAO, pihak pengeluar perlulah terlibat dalam membantu siasatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan