30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Amirudin angkat sumpah Menteri Besar Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEKA-teki mengenai siapa Menteri Besar Selangor berakhir apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari, mengangkat sumpah memperbaharui jawatan itu hari ini.

Amirudin yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Beliau merupakan Menteri Besar ke-17 Selangor selepas dilantik memegang jawatan tersebut selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Jun 2018.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Advertisements

Daripada jumlah tersebut, PH menang sebanyak 32 kerusi, BN menang dua sementara Perikatan Nasional memperoleh 22 kerusi di Selangor.

Amirudin yang berdepan saingan tiga penjuru, menang di DUN Sungai Tua menerusi majoriti 5,185 selepas meraih 19,678 undi, menewaskan calon PN, Hanif Jamaluddin (14,493) dan calon bebas, G. Suman (430).

Sebelum ini, beberapa nama lain turut disebut bagi mengisi jawatan Menteri Besar termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr. Fahmi Ngah dan ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan