26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Stadium Shah Alam diroboh selewatnya November – Amirudin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

STADIUM ikonik di Selangor, Stadium Shah Alam dijadual akan dirobohkan pada akhir tahun ini, selewat-lewatnya awal November depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam.

Katanya, perobohan stadium itu dijangka akan dilaksanakan selewatnya awal November depan setelah KM yang dipohon diluluskan.

“Sememangnya (perobohan) stadium akan bermula tahun ini. Kalau tidak awal mungkin akhir Oktober. Kalau tidak awal November. Ini sasaran kami. 

Advertisements

“Insya-Allah tahun ini akan mula perobohan dan 2026 akan siap. Itu sasaran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini proses pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) selepas merasmikan Ekspo Hartanah Selangor 2023 di Shah Alam, hari ini.

Kerajaan Negeri Selangor pada Jun lalu dilaporkan sudah menghantar permohonan KM bagi melaksanakan perobohan stadium berkenaan.

Sementara itu, Amirudin berkata, ia berikutan Stadium Shah Alam merupakan struktur yang besar dan banyak proses perlu dilihat serta diteliti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan