26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Selangor batal permohonan pembinaan lebuh raya PJD-Link

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD-Link) dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaannya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, keputusan itu diambil susulan laporan penilaian yang dikemukakan terutamanya dari segi impak sosial.

Ujar beliau, kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan.

“Syarikat berkenaan disyarat melaksanakan secara penuh Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Kajian Social Impact Assessment (SIA), dan Kajian Traffic Impact Assessment (TIA) sebelum perjanjian ini diaktifkan.

“Sehubungan dengan itu, prinsip kerajaan negeri adalah pembangunan di Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri, serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Cadangan pembinaan lebuh raya PJD-Link yang melibatkan kawasan Petaling Jaya mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada 12 November 2017.

Ia ini kemudiannya dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020 dan diberi rang untuk kajian dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

Seterusnya, cadangan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021 melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan bersyarat supaya ia memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

Susulan daripada itu, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan pemaju berkenaan telah ditandatangani pada 5 April tahun lalu dengan syarat syarikat berkenaan melaksanakan secara penuh EIA, SIA dan TIA. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan