27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Lelaki warga Indonesia dicekup syabu bernilai RM400,000 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dipercayai cuba menyeludup keluar dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM400,000 ke negara jiran.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, suspek ditahan pada Jumaat lalu bersama syabu yang dianggarkan sekitar 10 kilogram (kg).

Katanya, tangkapan dilakukan susulan risikan mengenai kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Keling lebih kurang pukul 1 pagi 28 Julai lalu.

“Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op. Murni atau Op. Tiris telah bergegas ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan penguatkuasaan. 

“Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek telah memecut laju melarikan diri dari pantai Tanjung Keling dan meninggalkan seorang lelaki disyaki rakan suspek,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Iskandar berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. 

Turut ditemui bersama suspek katanya, sebuah beg pakaian berwarna merah dan hitam mengandungi tujuh bungkusan teh cina berwarna merah jenama Jin Xuan Tea dan tiga bungkusan berwarna putih dan kesemuanya berisi ketulan mampat dadah disyaki jenis syabu.

“Suspek seterusnya ditahan dan kesemua barang turut dirampas dikedudukan sekitar 0.1 batu nautika barat daya Pantai Kundur lebih kurang pukul 2.30 pagi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1963,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan