25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRN: JAIS beri amaran ahli parti tidak boleh guna masjid untuk kempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran sekali lagi kepada semua ahli politik supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen sepanjang pilihan raya negeri (PRN).

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penggunaan masjid dan surau sebagai medan politik kepartian serta propaganda politik.

“Larangan berkenaan telah banyak kali dikeluarkan.

“Sekiranya didapati ahli politik menggunakan masjid dan surau di Selangor dengan tujuan tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan MAIS dianggap menghina, mengingkari serta melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pentadbir masjid dan surau di seluruh Selangor sentiasa diingatkan untuk mematuhi dan menguatkuasakan larangan yang ditetapkan itu.

Advertisements

“Ini bagi menjadikan masjid dan surau sebagai zon aman serta bebas pengaruh politik kepartian.

“Pelantikan mana-mana pegawai masjid boleh dibatalkan oleh MAIS jika gagal atau sebarang kecuaian mematuhi ketetapan MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

“Semua edaran titah DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Selangor dan arahan MAIS yang dikeluarkan oleh JAIS berkaitan perkara ini kepada seluruh pentadbir masjid atau surau di negeri Selangor hendaklah dirujuk,”katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial seorang ahli politik yang didakwa sedang berkempen dalam sebuah surau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan