26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kempen ‘Touch Your Heart’ bantu golongan yang memerlukan

Mesti Baca

DALAM usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik, syarikat Planworth Global Factoring Sdn Bhd melancarkan kempen Touch Your Heart yang sedang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengurus Pemasaran Planworth, Farahdina Mohd Tamrin berkata, menerusi kempen berkenaan sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

“Sempena bulan mulia ini, kami mengambil peluang berkongsi rezeki dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Melalui kempen ini kami berpeluang bekerjasama dengan pelanggan dalam usaha menyalurkan sumbangan.

“Bagi mana-mana pelanggan yang mendapatkan pembiayaan daripada kami pada bulan Ramadan sehingga Syawal, 50 peratus daripada yuran pemprosesan yang dicaj akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

“Kami percaya kempen ini akan disambut baik oleh pelanggan kerana selain mendapat pembiayaan dari Planworth, mereka turut menyumbang kepada aktiviti kebajikan,” katanya.

Farahdina berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak, Selangor, semalam.

Advertisements

Pada majlis berkenaan, Planworth turut memberi sumbangan sebanyak RM15,000 yang terdiri daripada wang tunai RM10,000 beserta barangan keperluan makanan dan duit raya kepada 65 orang penghuni rumah berkenaan.

“Saya difahamkan rumah anak yatim dan asnaf ini memerlukan dana mengurus sebanyak RM30,000 sebulan dan dana mereka ini masih lagi tidak mencukupi.

‘Walaupun dari pandangan luaran, kelihatan rumah teres dua tingkat ini agak selesa, tetapi dari segi kelengkapan tempat tinggal dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf seramai 65 orang ini masih agak daif selain terpaksa bersempit.

“Justeru, pihak kami rasa terpanggil untuk membantu meringankan beban mereka.

“Kami di Planworth akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat kami dengan menganjurkan pelbagai kempen dari masa ke semasa.

“Kami juga menggalakkan orang ramai termasuk badan-badan korporat yang lain untuk turut sama menghulurkan bantuan bukan sahaja kepada rumah anak yatim dan asnaf Teratak Ummi ini, malahan juga kepada pihak lain yang memerlukan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan