31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kempen #PalestinMerdeka bermula

Mesti Baca

BERSEMPENA dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 November setiap tahun, Ops Ihsan melancarkan kempen gelombang mega tanda pagar #PalestinMerdeka.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, kempen itu dimulakan dengan edaran poster menyeru rakyat Malaysia bersolidariti dengan memakai “keffiyeh” atau mafela Palestin hari ini dan disusuli dengan pelancaran #PalestinMerdeka yang dimulakan pada 8 malam Selasa hingga 8 malam hari ini.

“Ia termasuk menukar gambar profil dalam media sosial masing-masing. Antara objektif utama selain mengingati tarikh 29 November yang telah menyebabkan Palestin terbahagi kepada tiga bahagian, ia juga adalah usaha untuk menggerakkan massa dalam menularkan dan menjayakan #PalestinMerdeka sepertimana pernah dilakukan pada 2021 dengan tanda pagar #IsraelKoyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Jismi yang juga Presiden Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) berkata, usaha berkenaan juga mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang tetap berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin, sekali gus memberi mesej jelas bahawa negara ini tidak akan menyokong tindakan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin.

Justeru, Sekretariat Ops Ihsan menyeru agar usaha kempen berkenaan dapat disambut dan diberi perhatian oleh seluruh pimpinan dan rakyat Malaysia bagi mencapai objektif yang telah digariskan.

Ops Ihsan diselaraskan oleh Kementerian Luar, diketuai MAHAR bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, Mercy Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan