33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

DOF keluar larangan makan dwicangkerang dari perairan Melaka

Mesti Baca

JABATAN Perikanan (DOF) mengeluarkan larangan kepada orang ramai untuk tidak memakan dwicangkerang dari perairan Melaka berikutan kehadiran alga yang berbahaya untuk kesihatan.

DOF dalam satu kenyataan berkata, hasil analisis yang dijalankan oleh makmal biosekuriti jabatan itu terhadap kupang dan air yang diambil dari Sebatu, Melaka pada 3 April lalu menunjukkan kehadiran alga Alexandrium yang berbahaya.

Jabatan itu berkata, larangan tersebut bermula hari ini sehingga pemantauan tahap keselamatan bacaan biotoksin berada di paras yang dibenarkan dan kupang disahkan selamat untuk dimakan.

“Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan selama tempoh 20 hari dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP) yang ditetapkan,” kata DOF dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

DOF pada 2 April juga telah mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak agar menghentikan serta-merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang ternakan melalui sistem pancang, rak dan p-line dari perairan negeri Melaka.

Larangan tersebut, katanya, merupakan tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Negeri Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson.

“Orang awam juga diminta segera melaporkan kepada Jabatan Perikanan Negeri/Daerah yang berhampiran jika mengesan atau melihat perubahan warna air laut kepada warna merah, coklat, kuning atau hijau,” katanya.

Beberapa hari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan