26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Jika ini harga yang perlu dibayar, saya rela – Dr Akmal

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, apa pun kesusahan dan cabaran yang dihadapi tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk berjuang dan berkata tentang kebenaran demi agama dan ummah.

“Jika ini harga yang perlu saya bayar demi mempertahankan agama dan bangsa, saya rela dengan sepenuh hati.

“Kekal boikot. No fear, no surrender!,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dr Akmal yang juga ADUN Merlimau ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi tadi.

Penahanan beliau dipercayai ada kaitan dengan isu stoking dengan tertera kalimah Allah yang dijual oleh rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Dr Akmal berkata, beliau telah dibenarkan keluar setelah diambil kenyataan bermula pukul 10.40 pagi sehingga 2 petang tadi.

Kata beliau, pada asalnya dia diminta untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur esok telah menyatakan persetujuan untuk hadir.

Advertisements

“Namun setibanya saya di lapangan terbang Kota Kinabalu saya ditahan oleh anggota polis untuk dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

“Keterangan pertama telah mengambil masa dua jam bermula 10.40 pagi hingga 12.40 petang kemudian barulah dibenarkan untuk pulang.

“Namun selepas saya beri komen kepada media, penahanan saya dilanjutkan dan saya diminta untuk beri keterangan sekali lagi yang juga mengambil masa dua jam,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pegawai dan anggota polis IPD Kota Kinabalu yang telah memberikan layanan yang baik sepanjang diambil keterangan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan parti yang menghubungi dan membantunya, serta kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan beliau.

Dr Akmal berkata, beliau dimaklumkan akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan