33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dr Akmal beri keterangan lebih dua jam di IPD Kota Kinabalu

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh telah memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi ini dipercayai berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah.

Beliau berkata, keterangan diberikan antaranya mengenai laporan polis berkait ceramah beliau di Kelantan baru-baru ini, dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau perkara di Sabah.

“Saya di Sabah hari ini bagi menghadiri program Pergerakan Pemuda UMNO di Beaufort dan majlis berbuka puasa, ada kita adakan di negeri-negeri lain sebelum ini.

“Sebaik tiba di KKIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) kira-kira 10.15 pagi tadi, saya diminta ke IPD Kota Kinabalu.

“Saya tidak diberitahu tidak boleh masuk ke Sabah, semua berkenaan isu di sana (Semenanjung). Saya sedia memberi kerjasama penuh untuk pihak polis menjalankan siasatan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengesahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan Dr Muhamad Akmal di KKIA hari ini untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Advertisements

Dr Akmal berkata, beliau dijadual memberikan keterangan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur esok, namun sedia memberikan kerjasama apabila pihak polis meminta beliau memberikan keterangan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM di IPK Kota Kinabalu, kerana telah memberi layanan yang amat baik dan profesional sepanjang proses memberikan keterangan itu.

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO telah meminta Peguam dan Penasihat Undang-Undang parti, Datuk Mohd Hafarizam Harun untuk membantu Dr Akmal.

ADUN Merlimau itu sebelum ini lantang mempertahankan isu kalimah Allah dengan mengajak orang ramai memboikot premis rangkaian kedai serbaneka yang menjual stoking tertera kalimah suci itu.

Bagaimanapun, gerakannya itu didakwa mencetuskan ekstremisme apabila beberapa premis perniagaan berkenaan diserang dengan bom api oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan