28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Shamsulkahar dilantik Pengarah Pilihan Raya DUN Jeram Padang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang yang baharu mulai hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

“Pengambilalihan tugas itu adalah sangat penting untuk memastikan jentera Barisan Nasional (BN) di Jeram Padang tidak hilang hala tuju dan segala perancangan serta gerak kerja dapat berjalan seperti biasa.

“Saya juga berharap agar jentera Kerajaan Perpaduan di seluruh Negeri Sembilan dapat memberi tumpuan untuk gerak kerja dan kempen menjelang hari pengundian pada 12 Ogos nanti,” katanya.

Mohd Zaidy yang juga calon BN bagi kerusi DUN Jeram Padang kini menerima rawatan di Hospital Jempol setelah kakinya patah akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Advertisements

Insiden berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu Mohd Zaidy terbabas ketika dalam perjalanan ke Palong dari arah Bahau.

Pembantunya, Muhammad Khairul Ahnaf Baharom yang menaiki kenderaan sama dilaporkan parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk menerima rawatan.

Jalaluddin turut meluangkan masa melawat Mohd Zaidy di Hospital Jempol, hari ini.

Beliau juga menasihatkan semua calon sama ada daripada Kerajaan Perpaduan atau Perikatan Nasional (PN) agar menjaga kesihatan, sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memastikan diri mereka mendapat rehat yang mencukupi.

“Semoga baki tempoh berkempen sepanjang 11 hari lagi akan dapat kita lalui dengan baik, tenang, harmoni dan tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan