27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jalaluddin wajar dilantik MB NS jika PH-BN menang

Menjadi masalah serta tidak adil sekiranya yang menang kerusi kurang daripada UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan Datuk Seri Jalaluddin Alias wajar dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan (NS) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang lebih kerusi di negeri itu berbanding Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Ini kerana, beliau berkata, menjadi masalah serta tidak adil sekiranya yang menang kerusi kurang daripada UMNO dan nama yang dihantar pula adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) NS, Datuk Seri Aminuddin.

“Mengikut kiraan matematik, tidak sewajarnya berlaku. Siapa yang dapat lebih (kerusi) jadi Menteri Besar. Datuk Seri Jalaluddin Alias adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

“Datuk Jalaluddin kena jadi Menteri Besar la, itu sahaja. Tidak boleh kalau PH menang kurang daripada BN, Aminuddin (Datuk Seri Aminuddin Harun) jadi Menteri Besar.

“Walaupun dia Ahli Parlimen, dia tak pegang jawatan di pusat. Jadi kalau BN (menang) lebih kerusi daripada PH dan PH-BN menang di NS, Jalal lah angkat sumpah Menteri Besar,” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sekiranya berlaku mengenai senario PH dan BN yang bakal berhadapan kesukaran bagi menentukan siapakah Menteri Besar di Negeri Sembilan sekiranya gabungan kerjasama parti itu menang dalam PRN kali ini.

Advertisements

Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan Aminuddin wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan PH dan BN memenangi PRN NS.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Aminuddin menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin NS dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kenyataan dibuatnya itu adalah dari segi keadilan dan perkiraan.

Beliau turut berpandangan akan timbul masalah sekiranya nama yang dihantar kepada Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah nama Aminuddin.

Pada PRN hari ini, BN bertanding di 17 kerusi manakala PH 19 kerusi yang merangkumi DAP (11), PKR (enam) dan Amanah (dua). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan