28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Peratusan mengundi PRN 6 negeri dijangka rendah

Mesti Baca

PERATUSAN mereka yang keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini dijangka rendah.

Ini kerana, sehingga sehingga pukul 2 petang ini purata yang keluar mengundi sekitar 50 peratus sahaja.

Menurut statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan jumlah pengundi terendah setakat ini iaitu hanya 45 peratus berbanding keseluruhan pengundi berdaftar di negeri itu.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan (49 peratus), Selangor (51 peratus), Pulau Pinang (53 peratus) serta Kedah dan Terengganu masing-masing 56 peratus.

Advertisements

“Sementara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, setakat 2 petang sebanyak 52 peratus keluar mengundi,” kata kenyataan SPR.

Pengundian PRN menyaksikan 9,674,456 pemilih berdaftar mengundi di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran.

Manakala 122,160 pengundi akan terbabit dengan proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan