31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Siapa ‘naik’ itu kawan kita – anak lelaki Aminuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANGAN gusar jangan risau. Siapa pun naik tu tetap kawan kita,”kata anak lelaki, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Irfan Aminuddin.

Tinggal lagi sejam, akan terjawab siapakah yang akan diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, sekaligus menamatkan desas-desus dan spekluasi mengenai jawatan nombor satu negeri itu.

Bagaimanapun dengan kenyaatan daripada Irfan menghangatkan lagi spekulasi berhubung calon Menteri Besar.

Di sini dilampirkan kenyataan asal daripada beliau yang dikongsikan di laman sosial Facebook beliau.

“Yang utamanya, Alhamdulillah keputusan pilihanraya haritu kita berjaya mengekalkan kerajaan sedia ada dan penggal kali ini akan lebih mantap dengan keberadaan tokoh tokoh hebat yang dulunya lawan tetapi sudah berada dalam satu baris.

Part kita sebagai jentera parti, penyokong dan pengundi dah selesai dan kita berjaya meraih kemenangan yang selesa di sini.

Untuk seterusnya, kita serahkan ‘benda alah’ ni kepada yang hak untuk membuat keputusan. In Sha Allah, kita yakin bahawa kita ada Ketua negeri yang amat bijaksana dalam menentukan yang terbaik bagi negerinya. Dan yang paling penting, kita serahkan segalanya kepada yang Maha Mengetahui untuk aturkan dan kurniakan yang terbaik untuk kita semua di Tanah Beradat ini. Kita yang dibawah ini harus akur dan redha dengan apa jua keputusan yang diputuskan.

Siapa pun tokoh yang ditakdirkan dengan tanggungjawab dan mandat untuk mengemudi negeri ini, kita sebagai ahli akar umbi, jentera dan penyokong ni kita wajib teruskan membantu dan sentiasa memberi sokongan walaupun sosok yang dipilih itu bukan daripada parti kita untuk mengemudi pentadbiran di negeri bertuah ini.

Kita diperingkat akar umbi ini juga harus bergerak seiring sebagai satu koalisi kuat ataupun team yang sentiasa ‘NGAM’ untuk menjadikan warna ‘MerahBiru’ terus kekal relevan di negeri ini.

Mungkin kita lihat ‘Kerusi’ pengemudi ni satu yang besar tapi ‘Kerusi’ yang direbut ni tak sebesar kurniaan nikmat perpaduan dan persahabatan yang Allah curahkan kepada kita.

Advertisements

Kita harus jaga silaturrahim yang terbina ni dan jangan dek hanya kerana sebuah ‘Kerusi’ tu ikatan silaturrahim ini terputus kerana pengkhianatan dan perbalahan yang tak menguntungkan sesiapa dan rakyat yang akan menanggung kesannya.

Tidak mudah untuk yang pernah bermusuhan sekian lama ni berbaik tapi tak mustahil tak sampai satu hari je untuk kita bertelagah semula dek kerana satu ‘Kerusi’ yang bersifat sementara ini.

Sebab tu kita kena jaga perpaduan dan Silaturrahim ini dengan sebaiknya kerana tidak ada perpecahan yang menguntungkan. Dua dua blok sudah berada satu ‘level’ yang lebih tinggi nilainya dan jangan sesekali kita meletakkannya kembali ke takuk yang lama.

Siapa pun yang naik, kita harap beliau jalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati dan berjaya mengemudi negeri ini lebih Kehadapan dan cemerlang.

Dan yang paling utama, jangan lupa turun ke bawah menyantuni semua akar umbi daripada parti parti dalam kerajaan perpaduan ini tanpa ada yang rasa terpinggir dan sentiasalah berlaku adil kepada semua kerana kita semua adalah KAWAN.

Kita nak menang negeri ni, Allah dah bagi menang. Kita mintak rakyat pilih kita, rakyat dah memilih. Jadi, kita wajib pertahan mandat ini dan jangan sesekali khianat amanah yang diberikan rakyat nismilan.

Peringatan untuk diri sendiri dan yang lain, semoga kita semua tak menjadi kufur atas kurniaan nikmat kemenangan ini. Semoga yang baik baik aja untuk Tanah Beradat ini.

Akhir kata, lepas ni kok ado dari kalangan kito yang akar umbi ni yang raso tak pueh hati dan kecewa dengan keputusan yang akan keluar nanti ataupun raso tak ngam kek jiwo tu, cepat cepat lah move on dan teruskan bekerja. Normal lah sebagai seorang manusia kita berasa marah atau kecewa tapi jangan lama lama. Insan hebat adalah insan yang sentiasa berjiwa besar.

‘BERSIH MUAFAKAT SEJAHTERA’ – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan