27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

China, Syria bakal uji skuad Harimau Malaya

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEKA-TEKI siapa lawan yang bakal menguji skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa September ini terjawab apabila China dan Syria dinamakan sebagai lawan anak buah Kim Pan Gon

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, kedua-dua perlawanan antarabangsa Tier 1 itu akan dilangsungkan di Chengdu China.

“Skuad Harimau Malaya akan bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September ini, kedua-duanya berlangsung di Chengdu.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama antara pihak pengurusan bersama Pan Gon sendiri selepas majlis undian pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan, skuad kebangsaan berada dalam dilema kerana perlu memilih sama ada menentang China atau Mesir dalam aksi persahabatan September ini.

Skuad negara tidak boleh menentang kedua-dua negara itu pada September kerana faktor perjalanan yang jauh, sekali gus perlu mencari pasukan lain yang sedia bermain di Mesir ataupun China.

Berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia. 

Sementara itu, Syria di kedudukan ke-94 sementara China berad di kedudukan lebih tinggi di tangga ke-80 dunia. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan