25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Skim ATM berpencen, tidak berpencen dibincang Isnin depan

Mesti Baca

KERAJAAN Perpaduan akan mengangkat agenda skim veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen pada Mesyuarat Pertama Skim Perkhidmatan dan Persaraan yang akan diadakan Isnin depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak pernah dimasukkan dalam kajian semula skim perkhidmatan dan persaraan sebelum ini. 

“Saya boleh umum tambahan beberapa juta seperti yang diumumkan baru-baru ini seperti bantuan kepada penjawat awam dan e-dompet, tetapi itu hanya sementara.

“Ini kali pertama dan bagi saya kalau bagi tempoh, kata KSN (Ketua Setiausaha Negara) minimum enam bulan untuk mengkaji seluruhnya, dan kita akan teliti implikasi kewangan tetapi saya percaya insya-Allah kita dapat menyelesaikan secara muktamad,” katanya.

Advertisements

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM di Wisma Perwira, di ibu negara hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican agar pandangan kesemua persatuan veteran termasuk Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) diambil kira sebelum mesyuarat berkenaan diadakan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jawatankuasa mengenai skim perkhidmatan dan persaraan yang dipengerusikan perdana menteri telah lama tidak bersidang dengan kajian terakhir mengenainya dilaksanakan adalah pada 2012. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan