Sunday, July 19, 2026

Kadar pengangguran negara turun ke paras terendah – Anwar

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar pengangguran negara menurun ke paras terendah dalam tempoh 11 tahun setakat akhir tahun lalu.

Menurut Perdana Menteri, pasaran buruh di pelbagai sektor pula kekal stabil didukung kedudukan ekonomi yang semakin menggalakkan.

“Ini hasil usaha keras Kerajaan Madani membina dan mengukuhkan semula asas negara sejak tiga tahun lalu,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan sebelum ini berkata, jumlah tenaga buruh meningkat 0.2 peratus kepada 17.61 juta orang pada November 2025 berbanding 17.58 juta orang pada Oktober 2025 manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus. 

Anwar berkata, kerajaan akan terus bekerja keras bagi memastikan pertumbuhan tersebut benar-benar diterjemah kepada peluang pekerjaan yang lebih baik, pendapatan bermaruah dan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan