26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Polis Perak tumpas sindiket edar dadah, 4 lelaki ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Perak berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan penahanan dua orang lelaki di kawasan Klebang Tropika, Ipoh.

Penahanan suspek berusia 25 dan 36 tahun oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu turut membawa kepada rampasan bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 72,494.0 gram dan dianggarkan bernilai RM2,537,290.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, susulan daripada serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menahan dua orang lelaki yang berumur 30 dan 40 tahun di sebuah rumah di Kampung Rapat, Ipoh, Perak yang dipercayai turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis Methamphetamine tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas keempat-empat suspek mendapati salah seorang positif dadah jenis Methamphetamine.

“Hasil semakan juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan dadah,”katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan yang dijalankan, sindiket ini dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal bulan Mei tahun 2023 yang lalu.

Advertisements

“Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di Negeri Perak.

“Dianggarkan jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 145,000 orang penagih dadah.

“Sehubungan dengan itu, kes ini disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari mulai 28 Julai 2023 sehingga 3 Ogos 2023 bagi membantu siasatan,”katanya.

Beliau berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM Perak telah menyita dua buah kereta, sebuah motosikal, seutas rantai berwarna kuning keemasan dan sepasang subang berwarna kuning keemasan.

“Anggaran jumlah keseluruhan nilai harta yang disita RM74,267. Anggaran nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM2,611,557.

Ujarnya, Polis Perak menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat terus dipertingkatkan bagi memastikan negeri ini bebas daripada ancaman dadah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan