31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

MB Selangor angkat sumpah Isnin ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ISTIDAT Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor diadakan pada hari Isnin ini di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Istana Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, istiadat tersebut akan berlangsung pada pukul 11 pagi.

Sementara itu, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada hari yang sama.

Bagaimanapun, istiadat berkenaan hanya akan berlangsung pada pukul 2 petang.

Advertisements

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ingin mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika PH dan Barisan Nasional (BN) menawan Selangor.

Walaubagaimanapun, media melaporkan, dua lagi nama turut diserahkan kepada istana termasuk ADUN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah dan Fahmi Ngah (Seri Setia).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, gabungan PH-BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan