27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Selangor jual 5kg beras RM13 di seluruh negeri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan 5 kilogram (kg) beras putih tempatan pada harga RM13 bagi membantu rakyat di negeri mendapatkan bekalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia susulan daripada langkah kawalan harga siling penjualan beras putih tempatan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Jualan ini akan dilaksanakan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di empat cawangan PKPS serta tiga lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga Disember.

“Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) bagi perkara berhubung kekurangan stok di kedai dan pasaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Amirudin berkata, di Selangor, kapasiti pengeluaran beras adalah 138,903.13 tan metrik setahun di atas tanah keluasan tanaman padi sebanyak 18,061.53 hektar melibatkan seramai 6,871 orang pesawah.

Katanya, itu bersamaan dengan pengeluaran 4.19 tan metrik bagi setiap hektar.

“Sehubungan itu, keperluan beras putih tempatan di Selangor adalah sebanyak 45,500 tan metrik sebulan dan ia mencukupi sehingga akhir September.

“Pada masa yang sama, bekalan beras putih tempatan akan mula stabil bermula Oktober ini dengan pengeluaran semula padi di utara Semenanjung serta Selangor mula dituai,’ jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan