28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

44 rumah baharu dibina untuk veteran ATM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan telah meluluskan sebanyak 44 permohonan bina baharu dan 177 permohonan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga 20 September lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Adly Zahari berkata, projek berjumlah RM5.75 juta melibatkan kerjasama kementerian bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) serta Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selaku agensi pelaksana.

Menurut beliau, melalui kuota program itu, veteran ATM akan menerima dua peringkat bantuan iaitu subsidi di bawah Skim Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dikawal selia SPNB berjumlah RM20,000.00.

“Mereka turut menerima bantuan perumahan JHEV ATM berjumlah RM65,000 di Semenanjung dan RM75,000 di Sabah dan Sarawak. Kos siling baik pulih rumah pula adalah sebanyak RM17,000 seunit,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM peringkat Negeri Sarawak di Kampung Tanjung Bowang, Singai, Bau, hari ini.

Advertisements

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah, JHEV, Sophian Isswandy Ismail.

Mengulas lanjut, Adly berkata, kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan.

“Bagi permohonan baik pulih, rumah yang didiami hendaklah rumah pemohon sendiri atau pusaka dan bukan rumah yang disewa.

“Skop bantuan hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap yang tidak melibatkan struktur asal rumah.

“Seterusnya bagi permohonan bina baharu, pemohon mestilah belum memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki, dan tidak ekonomi untuk dibaiki serta memiliki tanah sendiri,” jelas Adly.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan