33.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

OP Jamin diteruskan, atasi kekurangan bekalan beras tempatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUATKUASAAN bersepadu melalui OP Jamin akan diteruskan bagi mengatasi kekurangan bekalan beras tempatan dengan segera dan seterusnya dapat dipulihkan,”kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, bagi OP Jamin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menjalankan sebanyak 37 siri penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan 2,322 pemeriksaan ke atas premis kilang, borong dan runcit.

“Daripada itu, sebanyak 142 aduan telah diterima yang melibatkan isu bekalan, harga dan lain-lain dan diuruskan bersama Kementerian berkaitan.

“Antara aduan yang banyak diterima adalah berkaitan jurang harga yang sangat tinggi antara Beras Putih Tempatan (BPT) dan Beras Putih Import (BPI) yang menyebabkan peniaga dan pengusaha kedai makanan beralih kepada BPT sebagai pilihan beras yang murah menyebabkan bekalan BPT kurang di pasaran, lebih-lebih lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Berikutan itu, KPDN dan KPKM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan berkaitan seperti OP Beras, OP Jamin dan OP Beras Putih Tempatan (OBPT) secara bersama sejak ia bermula pada 7 Julai lalu,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 5 bagi tahun 2023.

Turut hadir, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau juga berpandangan bahawa Stokpail Beras Negara hanya perlu digunakan bersama Stok Beras Semasa.

“Penggunaan tersebut diperlu sekiranya situasi bekalan beras negara tidak dapat pulih dalam jangka masa yang terdekat ini selepas pendekatan-pendekatan kerajaan ini dilakukan sebaiknya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, menerusi Jualan RAHMAH yang sedang giat dijalankan, mesyuarat turut memutuskan menggunakan Beras Putih Import (BPI) dijual dengan harga borong (RM3,200 per tan metrik).

“Pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan dan dengan pelaksanaan ini terdapat unjuran tambahan BPT sebulan sebanyak 23,000 tan metrik.

Advertisements

“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) juga telah dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beras di kawasan yang mengalami gangguan dan melancarkan talian hotline bagi pengguna melaporkan isu dan masalah berkaitan bekalan serta penyelewengan,”katanya.

Di samping itu, Ahmad Zahid memberitahu kerajaan telah membelanjakan anggaran RM3.772 bilion subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan dan harga ayam dan telur ayam kekal stabil dari tahun 2022 hingga 2023.

“Harga pasaran dan bekalan ayam di Malaysia menunjukkan trend yang stabil di peringkat borong dan runcit.

“KPKM turut memaklumkan kos input makanan ternakan juga menunjukkan trend penurunan sekaligus mengurangkan kos input pengeluaran ayam.

“Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan KPKM agar jaminan terus diberikan bagi ketersediaan bekalan dan kestabilan harga ayam dan telur ayam di peringkat ladang bagi memastikan keberadaan telur ayam di peringkat borong dan runcit.

“KPDN juga akan memastikan kekerapan pemantauan penguatkuasaan terhadap harga dan bekalan sepanjang masa,”katanya.

Dlaam mesyuarat sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah mencadangkan agar penanaman legume dimulakan dalam usaha mengurangkan kos import makanan ayam, agensi-agensi Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) khususnya Lembaga Kemajuan Wilayah.

“Perkara ini telah saya bawa untuk perbincangan di Sabah dan Sarawak untuk penggunaan tanah negeri dan ia telah dipersetujui untuk wujud cadangan smart partnership bersama KPKM bagi memastikan harga dan bekalan ayam sentiasa stabil.

Dalam masa sama, beliau juga menegaskan agar gerakan bersepadu rentas kementerian terus dilaksanakan khususnya jualan-jualan seperti Jualan RAHMAH, Jualan Agro Madani dan MyGrocer@Wilayah.

“Pelaksanaan tersebut bagi memperluaskan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di setiap negeri,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

10 mahasiswa UM sertai program selamatkan sayur-sayuran

SERAMAI 10 mahasiswa Asasi Sains Sosial dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menyertai program menyelamatkan sayur-sayuran dan...

Lagi Artikel Berkaitan