31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Tayammum, renjisan air untuk urus jenazah tidak sempurna – Mufti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KAEDAH tayammum, renjisan atau melalukan air ke atas jenazah atau cebisan mayat, merupakan antara cara yang boleh digunakan bagi pengurusan jenazah Islam yang tidak sempurna.

Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, sekiranya hanya terdapat cebisan mayat, maka ia wajib dikumpulkan sebelum dimandikan dengan cara menyiram atau melalukan air ke atas jenazah, sebelum dikafan, disembahyangkan dan dikebumi.

“Sekiranya memandikan dengan air, sembur atau renjis boleh menyebabkan cebisan mayat makin rosak, maka pada ketika itu boleh tayammumkan sahaja cebisan tersebut, bergantung kepada nasihat doktor atau pegawai perubatan mengenai keadaan mayat tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu program terbitan Bernama Radio dengan topik Nahas Pesawat: Garis Panduan Pengurusan Jenazah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini memaklumkan, hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Sungai Buloh, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna.

Advertisements

Mayat sempurna yang ditemukan merupakan penunggang motosikal.

Sementara itu Bungsu berkata, walaupun Islam menuntut untuk jenazah diuruskan segera, namun dalam keadaan luar biasa atau darurat, maka terdapat kelonggaran yang membolehkan perkara tersebut ditangguh.

“Misalnya secara lazim jenazah wajib disegerakan, namun dalam keadaan seperti memerlukan pengesahan DNA dan bedah siasat yang mengambil masa lama dan menyebabkan pengurusan jenazah tertangguh, maka ia dibolehkan oleh syarak,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan