31.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Nahas Elmina: Laporan akhir selewatnya Ogos 2023 – MOT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LAPORAN akhir Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai kemalangan udara yang melibatkan pesawat Beechcraft N28JV berhampiran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu dijangka selesai selewat-lewatnya Ogos tahun depan.

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan berkata, ia selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13) yang memperuntukkan tempoh 12 bulan dari kemalangan tersebut untuk melengkapkan dokumen tersebut.

Katanya, Laporan Awal BSKU yang dikeluarkan hari ini memenuhi standard Annex 13 kepada ICAO Annex 13 yang memerlukan penyediaan laporan awal dalam tempoh 30 hari daripada insiden tersebut.

“Laporan ini mengandungi pernyataan fakta dan penemuan awal yang telah ditentukan sehingga waktu penerbitan laporan ini.

“Laporan awal ini harus dianggap sebagai tentatif, dan boleh diubah atau diperbetulkan jika terdapat maklumat dan bukti tambahan,” katanya hari ini.

Sementara itu, MOT merakamkan penghargaan kepada usaha teliti BSKU dan bertekad untuk memperkasakan keselamatan penerbangan berdasarkan penemuan biro.

“Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat dan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Singapura.

“Ia di atas bantuan yang diberi di dalam penyiasatan BSKU melalui Accredited Representative masing-masing dan penasihat- penasihat teknikal mereka, sama ada di dalam negara atau di luar negara,” katanya.

Laporan awal siasatan boleh dimuat turun di pautan https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/a05-23 – Edisi 9

Terkini

Lima lelaki jadi ‘orang tengah’ minta rasuah direman 6 hari

LIMA lelaki yang bertindak sebagai 'orang tengah' meminta rasuah bagi selesaikan kes pemandu mabuk direman selama enam hari. Perintah...

Lagi Artikel Berkaitan