33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Derma organ: Jururawat beri sinar baharu kepada lima pesakit

Mesti Baca

SEORANG Penyelia Jururawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang meninggal dunia akibat masalah mati otak memberi kehidupan baharu kepada lima pesakit menerusi beberapa organnya yang didermakan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna berkata, Allahyarhamah Sulimah Gilong, 59, yang berdaftar sebagai pengikrar penderma organ sejak 2015, mendermakan sepasang buah pinggang, hati dan kornea.

Beliau berkata, hasrat murni arwah untuk menjadi penderma organ selepas kematian disempurnakan setelah pihak hospital mendapat persetujuan bertulis daripada warisnya.

“Pendermaan organ dan tisu oleh Allahyarhamah dapat menyelamatkan nyawa tiga pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati serta memberi sinar penglihatan kepada dua pesakit lain.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli keluarga yang telah menunaikan hasrat beliau serta anugerah kehidupan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Asits berkata, pendermaan organ Allayarhamah Sulimah dilakukan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu, menjadikannya kes kelima pendermaan organ di Sabah bagi 2023 setakat ini.

Katanya, ia kes pendermaan pelbagai organ dan tisu yang pertama di Sabah bagi tahun ini.

Advertisements

“Penderma organ dan tisu ini adalah seorang Penyelia Jururawat yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan selama 34 tahun sejak 1989.

“Tempat bertugas terakhirnya adalah di Wad Perubatan Am 4 dan Wad Respiratori, Hospital Queen Elizabeth. Dia seorang jururawat berdedikasi dalam menjalankan tugas, disenangi oleh rakan sekerja dan prihatin terhadap keperluan pesakit.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga di atas pemergian dan semoga keluarga arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangannya.

“Kami mendoakan semoga segala amal ibadahnya diterima serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Sementara itu, Dr Asits berkata, tindakan murni Allahyarhamah Sulimah mengikrarkan diri sebagai penderma organ wajar dijadikan inspirasi dan teladan oleh orang ramai.

Beliau turut menyifatkan arwah sebagai seorang jururawat yang menabur khidmat bakti semasa hayatnya dan terus berbudi selepas meninggal dunia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan