27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

4 pemain Real Madrid ditahan sebar video seks gadis bawah umur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT pemain muda Real Madrid ditahan pihak berkuasa Sepanyol kerana disyaki terlibat dalam penyebaran video seks gadis bawah umur.

Portal berita Sepanyol, El Confidencial melaporkan, tangkapan dibuat selepas ibu kepada gadis berkenaan membuat laporan polis mendakwa salah seorang daripada mereka melakukan hubungan seks dengan anaknya.

Dakwa ibunya, pemain tersebut merekod aksi berkenaan sebelum berkongsi video tersebut kepada tiga rakannya yang lain.

Lapornya, pihak polis mengesahkan penahanan kesemua pemain tersebut awal pagi tadi.

Sehingga kini tiada pendedahan nama keempat-empat pemain muda Real Madrid yang terlibat dalam siasatan.

Advertisements

Menurut jurucakap Civil Guard di Gran Canaria, daripada tiga pemain yang ditahan, seorang merupakan pemain skuad simpanan Castilla sementara dua yang lain ada skuad remaja, Real Madrid C.

Katanya, seorang lagi pemain daripada Real Madrid C turut disiasat pihak polis.

Sementara itu, Real Madrid menerusi kenyaaan hari ini memaklumkan mengenai siasatan terhadap keempat-empat pemain tersebut.

“Real Madrid mengumumkan bahawa seorang pemain Castilla dan tiga pemain skuad Real Madrid C dirakam percakapannya oleh Civil Guard berhubung dakwaan salah laku menyebarkan video menerusi aplikasi Whatsapp,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan