29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Warga emas rugi RM3.83 juta ditipu sindiket ‘phone scam’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM3.83 juta selepas diperdaya dengan sindiket phone scam (penipuan panggilan telefon) yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu bermula sebaik sahaja wanita berusia 70 tahun menerima satu panggilan telefon daripada suspek yang mengaku sebagai ejen insurans sekitar November 2022.

Menurutnya, suspek menyatakan terdapat tuntutan insurans yang dibuat menggunakan nama mangsa, namun mangsa menafikannya.

“Bagaimanapun, panggilan itu kemudian disambungkan kepada ‘pihak polis’ dan individu itu mendakwa nama mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang haram.

“Disebabkan takut ditangkap pihak berkuasa, mangsa hanya menuruti apa sahaja arahan diberikan oleh ahli sindiket terbabit,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kemudiannya, beliau berkata, suspek telah menyakinkan mangsa untuk membuka akaun bank baharu dan mendaftarkan satu nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa untuk urusan perbankan dalam talian sebelum diminta untuk menyerahkan nombor akaun berkenaan kononnya bagi tujuan siasatan.

Advertisements

“Mangsa diarahkan memindahkan semua wang miliknya ke dalam akaun terbabit dan tidak dibenarkan mengakses akaun itu beberapa bulan.

“Mangsa turut diarahkan supaya menghapuskan kesemua resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaun terbabit,” jelasnya.

Tambahnya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati akaun banknya hanya berbaki RM79.59 selepas semakan dibuat pada Rabu.

“Mangsa kerugian RM3.83 juta selepas wang persaraan, simpanan tetap, akaun amanah dan gadaian emas dipindahkan ke akaun baharu terbabit,” katanya.

Berikutan itu, Hussein mengingatkan bahawa tiada panggilan telefon daripada satu syarikat, agensi atau jabatan kerajaan yang boleh dipindahkan dari satu pihak ke pihak yang lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan