26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Diperdaya ‘phone scam’, pesara tentera rugi RM125,000

Mesti Baca

SEORANG pesara tentera kerugian RM125,000 apabila wang simpanan saraannya lesap akibat terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil Pos Laju dan polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata lelaki berusia 40-an itu menerima panggilan telefon kira-kira 10.30 pagi, Sabtu lalu yang mendakwa daripada Pos Laju Kuala Lumpur kerana terdapat bungkusan yang tidak dituntut.

“Mangsa dimaklumkan beliau mempunyai barang terlarang seperti kad pengenalan dan kad kredit yang menyebabkan bungkusan itu disita oleh kastam.

“Panggilan itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan mangsa telah bercakap dengan ‘Sarjan Suraya’ untuk membuat laporan sebelum dimaklumkan kesnya akan diambil alih oleh ‘Inspektor Dani’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Arshad berkata mangsa kemudian turut dimaklumkan bahawa dia telah terbabit dalam kegiatan dadah dan pengubahan wang haram.

Advertisements

Beliau berkata panggilan itu kemudian disambungkan kepada peringkat tertinggi untuk membuat aduan dan rayuan selain mangsa turut dimaklumkan semakan terhadap akaun banknya perlu dibuat dan akan merujuk perkara berkenaan kepada Bank Negara.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran untuk siasatan dan pembersihan dana. Mangsa telah melakukan transaksi wang simpanan persaraannya secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad lalu iaitu sebanyak tiga kali ke dalam dua akaun bank suspek ke semuanya berjumlah RM125,000.

“Mangsa telah menghubungi IPK Pulau Pinang untuk membuat semakan dan mahu bercakap dengan Sarjan Suraya dan Inspektor Dani, namun pengadu dimaklumkan bahawa dirinya telah ditipu dalam urusan berkenaan,” katanya.

Arshad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -Edisi 9

 

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan