34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 5,907 orang

Mesti Baca

MANGSA banjir di Pasir Mas, Kelantan meningkat kepada 5,907 orang membabitkan 1,838 keluarga sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi laporan harian bencana berkata, kesemua mereka ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh daerah itu.

Menurut agensi itu, terdapat satu laporan kematian akibat banjir membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang berlaku di Kota Bharu pada 26 November lalu.

“Bagi tempoh 11 November hingga 5 Disember 2023, secara kumulatif seramai 4,126 keluarga dan 14,409 mangsa telah ditempatkan di PPS.

“Sebanyak 1 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih mengalami banjir di seluruh Malaysia,” kata NADMA.

Laporan itu berkata, sebanyak 12 institusi pendidikan yang masih dijadikan PPS iaitu sembilan buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Pasir Mas.

Dalam pada itu, Jabatan Pertanian Malaysia melaporkan sehingga 1 Disember lalu, secara kumulatif anggaran keseluruhan kawasan pertanian terlibat banjir adalah 1,322.83 hektar.

Advertisements

Katanya, ia membabitkan nilai kerosakan sebanyak RM4,257,706 dan melibatkan 652 orang
petani.

Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan sehingga semalam empat jalan raya masih ditutup akibat dilanda banjir iaitu Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang-Jeram Perdah, Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang, Jalan SK Gual Tok Deh dan Jalan Tok Deh-Gual Periok.

Katanya, empat jalan raya alternatif yang boleh dilalui di kawasan yang dilanda banjir pula ialah Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang (FT196 dan FT197) , Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang dan Jalan Rantau Panjang Lama.

Sementara itu, MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang
melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai 6 hingga 8 Disember.

Katanya, tiga stesen meteorologi utama yang mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi semalam ialah Gong Kedak, Terengganu (86.4 mm), Cameron Highlands, Pahang (50.2 mm) dan Sandakan, Sabah (43.6 mm).

“Situasi banjir bertambah baik di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung Malaysia pada 6 hingga 8 Disember 2023.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan