26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

500 pelajar IPTA turut sertai World Quran Convention 4.0

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SERAMAI 500 pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai program World Quran Convention (WQC) 4.0 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLIA di Sepang, Sabtu lalu.

Antara IPTA terlibat ialah Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Na’im Mokhtar berkata, WQC dapat dijadikan tonggak utama dalam usaha merealisasikan impian berkaitan pembangunan kemanusiaan sesuai dengan konteks kerajaan Madani.

“Pemilihan Surah Al-Insan sebagai topik utama perbincangan dapat memberi pendedahan secara khusus mengenai isu-isu berkaitan kemanusiaan, sekal gus membuka minda masyarakat untuk meningkatkan mutu kehidupan seiring pembangunan sahsiah dan intelektual mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh ajaran Islam.

“Saya juga menanam hasrat supaya inisiatif ini dapat membentuk pemimpin di kalangan remaja dan anak muda sekaligus mencetus era globalisasi yang bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah sama ada di peringkat domestik mahupun global,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Advertisements
Pelajar USIM yang menghadiri program World Quran Convention 4.0 di Sepang baru-baru ini. – Foto: Nurul Syazana Aqilah

Kira-kira 1,500 orang dari seluruh dunia menghadiri WQC 4.0 tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mencemar duli berangkat hadir ke konvensyen tersebut.

Sementara itu, Pengarah WQC, Nouman Ali Khan berkata, motif utama penganjuran program itu adalah untuk mengetengahkan keunikan dan kecantikan ayat suci al-Quran agar dapat dijadikan salah satu platform untuk mendalami ilmunya.

Katanya, agenda program tersebut adalah untuk menjana kupasan daripada surah-surah tertentu secara berfokus dengan mendatangkan perbincangan terbuka melibatkan panel-panel profesional yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Program WQC 4.0 yang bertemakan Serve To Be Served A Divine Guidance From Surah Al-Insan membincangkan intipati ayat suci Al-Quran dengan lebih terperinci supaya dapat dijadikan teras utama pembinaan legasi pemimpin muda Muslim di serata dunia,” katanya. – Nurul Syazana Aqilah Zailizan (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan