28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

19 pasukan berentap dalam Cabaran Minecraft USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEBANYAK 19 pasukan berentap dalam Cabaran Minecraft Kampus Barakah 2023 (MKBC23) yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Pertandingan e-sukan anjuran Pusat Kecemeralngan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) itu bertujuan merangsang inovasi dan meningkatkan e-pembelajaran dalam kalangan komuniti USIM.

Naib Canselor USIM, Prof. Ts Datuk Dr. Sharifuddin Md Shaarani berkata, inisiatif e-sukan yang diperkenalkan itu bagi menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melihat setiap institusi pengajian tinggi mengubah cara pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Beliau berkata, hal ini dilakukan melalui penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan permainan yang sangat sesuai dengan kehendak generasi muda masa kini.

“Memanfaatkan kaedah permainan dalam proses PdP diharap dapat membuatkannya menjadi lebih menarik, interaktif, dan menyeronokkan.

“Pendekatan ini sejajar dengan aspirasi KPT untuk meningkatkan pendekatan pendidikan yang fleksibel melalui inovasi atau penggunaan elemen gamifikasi,” katanya ketika merasmikan MKBC23 baru-baru ini.

Advertisements

Pada pertandingan tersebut menyaksikan pasukan Cybercraft Defender yang mewakili Fakulti Sains dan Teknologi muncul juara manakala naib juara pula diraih oleh pasukan Linguacraft dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan pasukan Murid Falsafah dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) di tempat ketiga.

Sementara itu, Syahrul Aizam Shaharudin dari pasukan Linguacraft berkata, pertandingan tersebut membuka minda peserta bahawa Minecraft bukan sekadar platform permainan tetapi juga untuk pembelajaran.

“Program seperti ini banyak membuka mata dan minda kita yang selama ini melihat Minecraft sebagai bentuk permainan yang tidak memberikan manfaat semata-mata sedangkan ia sebenarnya boleh dijadikan medium pembelajaran.

“Kita dapat melihat terdapat banyak unsur PdP yang ditonjolkan oleh setiap kumpulan yang bertanding dan ini membuktikan permainan digital ini juga dapat memberikan banyak manfaat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pertandingan tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menampilkan lebih kreativiti dalam kalangan peserta khususnya. – Muhammad Faiq Samsuddin (USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua beregu campuran ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF

DUA beregu campuran negara berjaya mengisi slot ke separuh akhir Kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF selepas berjaya mengatasi...

Lagi Artikel Berkaitan