25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

TFL jamin ambil tindakan tegas terhadap pemain, pasukan

Mesti Baca

LIGA Bola Sepak Terengganu (TFL) memberi jaminan memandang serius insiden pergaduhan membabitkan NAG FC dan KESA FC ketika kejohanan liga berkenaan petang semalam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu serta pasukan yang terlibat.

TFL dalam satu kenyataan berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan melalui pelaporan lengkap pegawai perlawanan serta pihak keselamatan.

“Pihak kami memberi jaminan kepada semua bahawa pihak penganjur memandang serius berkenaan perkara ini dan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat termasuk pihak pasukan akan dikenakan.

“Komitmen kami untuk mengekalkan persekitaran kejohanan sukan yang selamat dan berdaya saing akan diteruskan dan segala kekurangan akan diperbaiki,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam insiden yang berlaku di pada sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus petang semalam, dilaporkan beberapa individu termasuk pegawai pasukan mengalami kecederaan.

Difahamkan insiden berlaku akibat perasaan tidak berpuas hati kerana terdapat pemain yang didakwa bermain kasar sehingga tercetusnya pergaduhan dan rusuhan.

Advertisements

TFL berkata, kejadian tersebut menyebabkan salah seorang mangsa mengalami kecederaan teruk pada muka serta kepala, dan ia bertentangan dengan semangat kesukanan yang diterapkan dalam kejohanan tersebut.

Kenyataan itu berkata, TFL melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Katanya, TFL komited untuk memperkukuh protokol keselamatan dalam acara anjurannya bagi mengelak insiden sedemikian berlaku pada masa akan datang.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap peserta, penonton dan pihak berkepentingan berasa yakin akan integriti acara yang dianjurkan oleh kami.

“Akhir sekali, pihak Terengganu Football League (TFL) memohan maaf kepada semua pihak di atas insiden yang berlaku dalam kejohanan ini,” katanya.

Liga Bola Sepak Terengganu yang kini memasuki perlawanan keenam diwakili oleh lapan pasukan terdiri daripada kelab-kelab amatur dari seluruh negeri Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan