28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pergaduhan bola sepak liga Terengganu, pegawai cedera

Mesti Baca

BEBERAPA individu termasuk pegawai pasukan bola sepak cedera dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan Liga Bola Sepak Terengganu (TFL) di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak, Kuala Nerus petang semalam.

Difahamkan, pergaduhan itu tercetus sebelum perlawanan antara kelab NAG FC dan KESA FC yang berkesudahan NAG FC mendahului 4-1 pada kejohanan edisi kedua tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat di Balai Polis Gong Badak dekat sini pada jam 10.30 malam pada Jumaat.

“Ia dikatakan berlaku disebabkan perasaan tidak berpuas hati kerana terdapat pemain yang didakwa bermain kasar menyebabkan tercetusnya pergaduhan dan rusuhan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Advertisements

Menurut Wan Mohd Zaki, beliau difahamkan terdapat mangsa yang kini dirawat di hospital dan siasatan berhubung kes itu dijalankan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita akan siasat, panggil mereka yang terlibat dan dikenal pasti untuk ambil keterangan,” katanya.

Sejak malam tadi, tular video berdurasi 42 saat memaparkan insiden memalukan itu yang dikatakan berlaku kira-kira 10 minit sebelum perlawanan antara dua pasukan itu tamat.

Liga Bola Sepak Terengganu yang sedang berlangsung diwakili oleh lapan pasukan kelab-kelab amatur dari seluruh negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan