32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Permohonan LPS bas ekspres tambahan sempena TBC dibuka

Mesti Baca

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi perkhidmatan bas ekspres tambahan sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu dibuka kepada semua pengendali bas yang layak bermula 15 Januari sehingga 5 Februari tahun ini.

“Tempoh sah laku LPS bagi permohonan yang diluluskan berkuat kuasa mulai 7 hingga 18 Februari 2024,” kata kenyataan itu hari ini.

APAD berkata, penyediaan LPS itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung sempena musi perayaan tersebut yang disambut pada 10 dan 11 Februari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, katanya, pengedali yang memohon LPS perlu mematuhi syarat-syarat pengendali bas ekspres yang telah ditetapkan oleh APAD iaitu mematuhi dasar dan spesifikasi bas ekspres dan dilengkapi sistem GPS.

Selain itu, had usia bas pula tidak melebihi 10 tahun dan terhad kepada jenis perkhidmatan ekonomo sahaja.

Manakala bagi bas persiaran yang melebihi usia penggunaan dan telah mendapat kelulusan laporan Puspakom VR 1 Khas (Kod 9009) dibenarkan untuk memohon.

“Permohonan yang lengkap sempurna dan memenuhi syarat boleh dikemukakan di semua pejabat wilayah dan kaunter APAD di Semenanjung Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pau Marti bakal ucap ‘adios’ kepada skuad Harimau Malaya

PIALA Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan bermula Ahad ini bakal menjadi tugasan terakhir Pau Marti Vicente sebagai Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan