27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Real pinjam Kepa susulan kecederaan Courtois

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

REAL Madrid mendapatkan penjaga gol kebangsaan Sepanyol, Kepa Arrizabalaga secara pinjaman dari Chelsea sehingga akhir musim ini.

Ini susulan penjaga gol utama, Thibaut Courtois mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) yang menyebabkannya terpaksa diketepikan sepanjang musim 2023-24.

Kecederaan tersebut menyebabkan posisi kekurangan pemain di posisi penjaga gol kelab gergasi Sepanyol itu dengan Andriy Lunin menjadi pemain tunggal di posisi berkenaan.

Real menyenaraikan lapan pengganti berpotensi untuk menggantikan Courtois termasuk penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou dan David De Gea namun memilih Kepa selepas mendapatkan pelepasan The Blues.

Kepa dijangka diperkenalkan sebagai rekrut baharu Real esok.

Advertisements

Kepa tiba di Stamford Bridge pada musim panas 2018 dari Athletic Club dan terus mendapat kepercayaan sebagai benteng terakhir Chelsea.

Penjaga gol itu melakukan 54 penampilan dalam semua kejohanan sepanjang kempen 2018-19 yang menyaksikan Chelsea memenangi trofi Liga Europa.

Kepa membuat sebanyak 109 penampilan dalam empat musim seterusnya dan menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia.

Musim lalu menyaksikan Kepa mendapat peluang beraksi dengan lebih kerap dan kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan