30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Piala Liga: Gol tunggal Jackson bantu Chelsea tundukkan Brighton

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS dikritik hebat susulan prestasi hambar beberapa perlawanan awal musim ini, Chelsea kembali menarik nafas lega apabila menundukkan Brighton, 1-0 hasil jaringan tunggal penyerang, Nicholas Jackson.

Kemenangan tersebut membawa The Blues mara ke pusingan keempat Piala Liga Carabao dan diundi untuk menentang Blackburn Rovers di Stamford Bridge pada 31 Oktober depan.

Dalam aksi di awal pagi tadi menyaksikan Chelsea yang tewas dalam dua pertemuan terakhir menentang The Seagulls turun dengan misi menamatkan kemarau tanpa kemenangan dalam empat perlawanan.

Namun, anak buah Mauricio Pochettino berdepan dua detik cemas apabila penjaga gol, Robert Sanchez melakukan kesilapan menghantar bola sepak pemain lawan.

Namun Chelsea bernasib baik apabila percubaan Ansu Fati diselamatkan Sanchez sementara rembatan Joao Pedro melewati palang.

Advertisements

Gol yang dicari Chelsea akhirnya tiba pada minit ke-50.

Bermula dengan gerakan Ian Maatsen yang menemui Cole Palmer, bekas produk akademi Manchester City itu kemudiannya melorongkan bola di celah kaki pertahanan Brighton sebelum disudahkan Jackson.

Penyerang antarabangsa Senegal itu terlepas peluang mencetak gol kedua peribadinya apabila jaringannya dibatalkan kerana dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Sementara itu, Liverpool turut melangkah ke pusingan keempat Piala Liga selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leicester City, 3-1 di Anfield.

Kasey McAteer meletakkan kelab Liga Kejohanan itu di depan seawal minit ketiga namun The Reds bangkit meledak tiga gol di separuh masa kedua menerusi jaringan Coady Gakpo, Dominik Szoboszlai dan Diego Jota. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan