26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Banjir Kedah: 4 PPS baharu dibuka, mangsa terkini 1,220 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT pusat pemindahan sementara (PPS) baharu telah dibuka berikutan peningkatan jumlah mangsa banjir di Kedah semalam.

Ia membabitkan satu PPS baharu dibuka di Surau Permatang Lima, Pokok Sena, dua lagi di Baling iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iboi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai sementara satu lagi di SMK Kepala Batas.

Setakat semalam, jumlah mangsa banjir di Kedah dilaporkan meningkat seramai 1,220 orang daripada 372 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 11 PPS termasuk empat di empat PPS baharu yang dibuka di daerah di negeri ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, Jumlah ini direkodkan pada jam 8 pagi hari ini berbanding 701 mangsa daripada 201 keluarga yang dicatatkan pada jam 12 tengah malam tadi.

Katanya, PPS di SMK Kepala Batas menempatkan seramai 30 mangsa daripada 11 keluarga manakala PPS di Surau Permatang Limau yang dibuka jam 5 petang semalam menempatkan seramai lapan mangsa setakat ini.

Advertisements

“PPS di SK Kampung Iboi yang dibuka jam 8.30 malam tadi menempatkan seramai 103 mangsa daripada 40 keluarga.

“PPS di SMK Jerai pula menempatkan seramai 141 mangsa daripada 43 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, mangsa yang ditempatkan di PPS Maahad Tarbiyah Derang di Pokok Sena Pula menempatkan 157 mangsa daripada 58 keluarga.

Beliau berkata, empat PPS masih beroperasi di daerah Kubang Pasu termasuk di SMK Changlun yang menempatkan 99 mangsa daripada 28 keluarga dan di SK Malau (119 mangsa daripada 29 keluarga).

“Dua lagi PPS ialah di Dewan PPK Lubuk Batu (55 mangsa daripada 21 keluarga) dan di Dewan Kampung Tradisi (22 mangsa daripada tujuh keluarga).

“Sementara itu, di daerah Kota Setar, PPS di SK Taman Aman menempatkan 173 mangsa daripada 57 keluarga dan PPS di SK Bukit Hijau menempatkan 313 mangsa daripada 85 keluarga,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan