26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 19, 2024

Tragedi Elmina: Menantu lelaki Presiden JCorp antara mangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENANTU lelaki kepada Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim antara mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor semalam.

Perkara itu telah disahkan Johor Corporation (JCorp) menerusi hantaran di Facebook rasmi syarikat itu di sini.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan nama mangsa bagi menghormati privasi keluarga.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham serta seluruh mangsa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Advertisements

“Kami juga ingin memohon semua pihak untuk menghormati privasi keluarga dalam menghadapi ujian yang sukar ini,” menurut hantaran itu.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun maut.

Lapan yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di situ semasa kejadian.

Sebelum kejadian berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

AP Terbuka: Mana-mana syarikat bumiputera boleh memohon

MANA-MANA syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan